Rakaman Video Seks Palsu Libatkan Izzah, MB Selangor Akan Disebarkan - Dakwa PKR

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas video berunsur seks melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tersebar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beberapa rakaman video seks palsu melibatkan pimpinan kanan parti itu akan turut diterbitkan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa tindakan tersebut dilakukan oleh agen-agen tertentu bagi menakut-nakutkan orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Saifuddin menambah agen berkenaan juga turut memberi amaran bahawa mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan piminan kanan PKR yang lain, termasuk melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Selasa.

Saifuddin turut mendakwa beliau dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah didatangi oleh beberapa agen untuk menunjukkan dua rakaman video seks melibatkan Anwar, anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta beberapa keping gambar mereka.

“Askar-askar upahan di laman blog ini akan mereka-reka dan menyebarkan video-video palsu yang kononnya mamaparkan salah laku seks pemimpin PKR.

“Taktik ini digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu bahawa masa depan negara akan tergadai jika Pakatan Rakyat memerintah,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang mendakwa beliau dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah dibawa menaiki kereta dan menonton rakaman video berkenaan di ibu kota beberapa hari yang lalu.

“Saya dan beberapa pimpinan telah dibawa untuk menonoton video-video ini. Agen-agen ini memberi ugutan politik kepada saya dan pimpinan yang lain. Mereka kata ada lagi rakaman video yang akan didedahkan melibatkan dua lagi pimpinan kanan PKR dalam tempoh terdekat.

“Kebanyakan rakaman video yang dipaparkan mempunyai kualiti gambar yang kurang jelas dan suasana yang digambarkan seperti video berunsur seks dan ada juga gambar statik ditunjukkan kepada kami,” katanya.

Beliau mendakwa penyebaran video seks sengaja dilakukan bagi mencemarkan nama baik Anwar dan pimpinan kanan PKR yang lain menjelang PRU-13.

“Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan percantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan