Projek MRT Tidak Alami Masalah Pekerja - CEO

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada Rabu menyangkal laporan media baru-baru ini bahawa projek MRT mengalami kelewatan akibat kekurangan tenaga kerja.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azhar Abdul Hamid berkata projek itu berjalan lancar dan tidak mengalami kekurangan tenaga kerja.

Katanya kontraktor yang bertanggungjawab bagi Aliran MRT Sungai Buloh-Kajang tidak membayangkan mereka menghadapi kekurangan pekerja, sama ada pekerja tempatan atau asing.

"Mereka juga tidak menyatakan menghadapi sebarang masalah untuk memenuhi kontrak yang ditetapkan kerana kekurangan tenaga kerja.

"Lebih kurang 12,000 pekerja dijangka diambil bagi pembinaan keseluruhan Aliran Sungai Buloh-Kajang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Azhar berkata kerja bagi pakej pembinaan bertingkat dan bawah tanah bermula seperti yang dijadualkan dan tidak terdapat tanda-tanda akan berlaku perubahan bagi jadual yang telah ditetapkan MRT Corp berhubung pembinaan projek ini.

Beliau berkata tarikh operasi yang ditetapkan bagi Fasa Satu Aliran Sungai Buloh-Kajang ke Semantan tidak berubah iaitu pada akhir 2016, manakala bagi Fasa Dua pula pada 17 Julai.

Kata Azhar untuk julung kalinya, MRT Corp mengamalkan konsep 'centralised labour quarters (CLQ)' yang menyediakan kemudahan asas, termasuk sebuah gelanggang futsal, kemudahan membasuh pakaian dan sebuah kafeteria yang menyediakan makanan percuma pada waktu tertentu.

Empat CLQ akan diwujudkan bagi projek MRT. CLQ Cheras dan Sungai Buloh sudah beroperasi, manakala dua lagi di Kajang dan Cochrane, akan siap tidak lama lagi, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan