Polis Jalankan Siasatan Terperinci Kesan Dalang Salur Dana Kepada Pengganas

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Polis akan menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh untuk mengesan kumpulan atau individu yang terlibat menyalur dana kepada kumpulan pengganas di selatan Filipina.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata buat masa ini polis tidak boleh mendedahkan butiran siasatan kerana ia adalah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.

"Tunggu sehingga siasatan kami (polis) selesai baru kami akan dedahkan. Kami akan cuba secepat mungkin untuk mengesan pihak itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau ruang pameran System Consultancy Services, di sini pada Rabu.

Pada Selasa, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang akhbar di Lahad Datu, berkata pihak keselamatan sedang mengesan tindakan mengkhianati negara termasuk golongan yang bersubahat dalam memberi dana kepada anggota pengganas di selatan Filipina.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi semasa Operasi Daulat, Ismail berkata polis telah menghantar beberapa aset penting bagi memantapkan strategi pertahanan pasukan keselamatan terutama di Lahad Datu.

Polis telah menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk memantapkan beberapa perkara asas seperti keperluan logistik dan aset penting, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan