Peguam Negara Yakin Mahkamah Kendali Kes Pencerobohan Dengan Baik, Efisien

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yakin mahkamah negara ini mampu mengendali kes berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah dengan baik dan efisien.

Beliau berkata kes itu juga tidak akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

"Tarikh sebutan pun dah kena bagi pada saya pada 12 April depan, kemudian kita akan tetapkan perbicaraan, insya-Allah, saya rasa dalam tempoh beberapa bulan kita akan dapat membicarakan kes ini. Bagaimanapun, kita harus mengambil kira keadaan keselamatan, jadi perkara ini bukan sesuatu yang senang," katanya.

Abdul Gani berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian pembaharuan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO) di sini, Selasa.

Beliau berkata pegawai penyiasat kes itu akan berjumpa beliau esok untuk memberi taklimat berhubung pengganas yang masih berada dalam tahanan.

"Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya, kalau mereka ada membuat kesalahan, maka kita tuduh, kalau hanya (kesalahan) imigresen, maka kita akan hantar ke imigresen untuk dihantar pulang.

Mengulas gesaan Majlis Peguam untuk membuka semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Abdul Gani berkata perkara itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, dan bukti baharu yang kukuh perlu dikemuka.

"Kes ini telah dibicarakan di mahkamah, apa-apa perkara yang nak dicakapkan dah dicakapkan di situ, pastinya apa yang Majlis Peguam cakap, kita akan tengok, tapi ingat, kita tak boleh buka sewenang-wenangnya, kalau tidak, nanti (kes) tahun 60-an atau 70-an pun suruh buka.

"Kita kena tengok betul-betul, ada bukti baharu tak, kalau ada bukti kukuh yang dikemukakan kepada kita, tidak ada masalah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan