Malaysia Tidak Import Empat Produk Kit Kat Mengandungi Cebisan Plastik

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu menjelaskan bahawa Syarikat Nestle Manufacturing (Malaysia) mengesahkan tidak pernah mengimport empat jenis produk Kit Kat keluaran syarikat Nestle yang dilaporkan mengandungi cebisan plastik.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua produk Kit Kat yang dipasarkan di negara ini oleh Nestle Malaysia adalah keluaran tempatan.

Katanya KKM mengambil maklum laporan yang disiarkan beberapa laman web mengenai penarikan balik empat produk Kit Kat keluaran Nestle yang berpangkalan di Switzerland iaitu varian Hazelnut, Peanut Butter, Chocolate Fudge dan Karamel yang didapati mengandungi cebisan plastik.

Dr Noor Hisham berkata semakan yang dilakukan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) sehingga 26 Mac juga menunjukkan tiada pengimportan empat jenis produk Kit Kat tersebut ke negara ini.

Pada 23 Mac, sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Singapura melaporkan di laman webnya, Nestle Switzerland menarik balik empat produk Kit Kat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan tujuh pelanggannya di United Kingdom menjumpai cebisan plastik dalam produk itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan