Kementerian Pertahanan Nafi Dapatkan Pesawat Gripen Secara Sewaan

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Malaysia hanya akan membuat pembelian terus untuk mendapatkan aset ketenteraan dan bukannya melalui sewaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menafikan laporan yang menyebut Malaysia bercadang mendapatkan pesawat pejuang pelbagai guna (MRCA) Gripen buatan Sweden melalui sistem sewaan, beliau menegaskan Malaysia tidak pernah mendapatkan aset ketenteraan melalui sistem sewaan.

"Saya nak tegaskan ia sama sekali tidak benar, kerana kita mendapatkan aset secara terus iaitu melalui pembelian," katanya pada sidang media Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini, Selasa.

Sebuah majalah pertahanan antarabangsa dalam penerbitan bulan Mac, antara lain, melaporkan Malaysia bakal mendapatkan 24 hingga 32 pesawat tempur jenis Gripen melalui sewaan.

Gripen kini digunakan tentera udara Sweden, Afrika Selatan, Hungary, Republik Czech dan Thailand serta digunakan di sebuah sekolah ujian juruterbang di United Kingdom.

Ahmad Zahid berkata ia merupakan hak Malaysia sebagai negara pembeli untuk membuat keputusan memilih pesawat MRCA yang terbaik untuk negara dan ia bukan diputuskan oleh syarikat industri pertahanan.

Dalam pada itu, beliau berkata proses naik taraf dan penambahbaikan pesawat Nuri sedang dijalankan dan dijangka sebahagian daripada pesawat buatan Amerika Syarikat jenis Sikorsky itu akan digunakan oleh tentera darat.

Beliau berkata penambahbaikan dari segi kotak gear, kipas pesawat serta proses naik taraf analog kokpit kepada digital kokpit giat dijalankan bagi memantapkan inventori ketenteraan negara.

Ditanya pemberita kemungkinan pesawat tersebut akan dijual kepada negara ketiga, Ahmad Zahid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan ia akan dijual selepas proses penambahbaikan serta naik taraf selesai dijalankan.

"Mungkin sebahagian pesawat Nuri ini kita akan jual kepada negara ketiga yang berminat untuk mendapatkannya...duit dari hasil jualan kita akan cuba dapatkan aset lain yang lebih canggih," katanya.

Sehingga kini kira-kira 30 pesawat Nuri masih digunakan negara selepas menabur bakti lebih 40 tahun. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan