Insiden Pencerobohan Satukan Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Asas Politik

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah mempunyai impak positif apabila ahli politik termasuk pembangkang mula menyedari kepentingan pertahanan yang kuat untuk negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya insiden yang menyaksikan ramai anggota keselamatan terbunuh dan cedera itu membuktikan ia bukan sandiwara kerajaan dan ekoran itu serangan politik oleh pembangkang terhadap isu pertahanan dan keselamatan negara juga makin berkurangan.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah menerima hakikat bahawa soal pertahanan bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan...nampaknya selepas insiden ini, pembangkang tidak banyak lagi mempertikaikan kemampuan tentera dan polis kita," katanya kepada pemberita di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2013) di sini, Rabu.

Insiden itu telah menyatukan rakyat Malaysia dan hasil pemantauan Kementerian Pertahanan ke atas ceramah politik mendapati semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia khususnya pembangkang meningkat tinggi.

Langkah Kementerian Pertahanan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP menaiki kapal selam kelas Scorpene pada LIMA 2011 juga mengurangkan serangan pembangkang ke atas aset strategik negara itu, katanya.

Menteri Pertahanan itu juga berkata pembangkang sebelum ini sering mempolitikkan isu pertahanan dan keselamatan negara sehingga mendedahkan maklumat sensitif mengenai aset pertahanan negara.

Mengenai tindakan lima bekas pegawai kanan tentera, yang terdiri daripada jeneral bersara, mempolitikkan isu pencerobohan itu untuk kepentingan politik mereka, Ahmad Zahid berkata mereka tidak harus mempolitikkan mana-mana operasi tentera sekiranya mereka berminat untuk terjun ke gelanggang politik.

"Mereka ini beranggapan bahawa mereka lebih pintar daripada pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedia ada, hanya mereka yang sekarang ini merosakkan minda orang politik walaupun zaman mereka sebenarnya sudah berlalu," kata beliau.

Mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka, Ahmad Zahid berkata rakyat boleh menolak dengan tidak memilih mereka menjadi wakil rakyat.

Katanya kerajaan juga tidak mengambil tindakan terhadap mereka dari sudut perintah Majlis Angkatan Tentera kerana tidak mahu dilihat sebagai menganianya mereka.

Lagi pun, kata beliau, kelima-lima mereka tidak mewakili suara angkatan tentera kerana baru-baru ini lebih 200 bekas pegawai kanan tentera berpangkat brigadier jeneral ke atas telahpun menyatakan sokongan kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan