Hasan Ali Teliti Situasi Politik Sebelum Bertanding

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali sedang meneliti perkembangan politik semasa di peringkat negeri dan nasional sebelum mengambil pendirian sama ada bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Selain itu, beliau turut mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak sebagai pendekatan dalam memuktamadkan hala tuju politiknya.

"Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran Parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuangan IMR - Islam Melayu dan Raja melalui JATI yang saya diminta menerajuinya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hasan berkata demikian sebagai respon kepada persoalan yang menghujani beliau sama ada akan bertanding pada PRU-13.

Selain terdapat gesaan untuk menmpertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, katanya beliau turut dicadangkan untuk bertanding kerusi Parlimen seperti yang dilakukan pada PRU 1999.

"Ada juga di kalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama PAS sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun ke kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya sama ada bertanding atau tidak, apa yang penting adalah memastikan pakatan pembangkan tidak memenangi PRU-13.

"Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini (Selangor) untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja.

"Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan