Taib Sambut 32 Tahun Sebagai Ketua Menteri, Ingin Lihat Sarawak Terus Maju

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sempena 32 tahun beliau menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak pada Selasa, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melahirkan harapan untuk melihat negeri ini terus maju dan mencapai lebih banyak kemajuan melalui program transformasi, khususnya dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Beliau berkata langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah mengubah masyarakat supaya bersikap lebih progresif dan menyediakan lebih banyak pekerjaan berkualiti untuk mereka.

"Saya harap Sarawak akan lebih maju, dengan peluang dalam masyarakat lebih bersepadu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Angkatan Zaman Mansang (AZAM) bertemakan "Memperkasa Masyarakat Bagi Membentuk Masa Depan Sarawak" di sini, Selasa.

Setelah berada 13 tahun dalam kerajaan persekutuan, berkhidmat di bawah empat perdana menteri dengan menyandang pelbagai jawatan, Taib mengambil alih teraju kerajaan negeri pada 26 Mac 1981 dengan kesedaran bahawa Sarawak perlu menggubal satu strategi bukan sahaja untuk menuju ke arah kemajuan, malah mengejar kejayaan seperti yang dicapai negeri lain di semenanjung.

Katanya Sarawak juga akan menambah bilangan anggota majlis pada tahun ini, yang dipilih daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, untuk menganggotai kerajaan tempatan bagi mewakili pandangan rakyat negeri ini.

Taib berkata langkah itu juga akan memberi peluang kepada orang ramai yang ingin berbakti kepada masyarakat dengan menangani isu yang dekat di hati mereka, termasuk berkaitan amal kebajikan, kesaksamaan masyarakat, ekonomi dan budaya.

Ketika ini, anggota majlis yang dilantik hanya terdiri daripada kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Ditanya sama ada ia juga akan melibat persatuan wartawan tempatan memandangkan anggotanya begitu bersemangat untuk berkhidmat kepada orang ramai, Taib menjawab :"Okay, tak ada masalah, tapi perkara yang menjadi persoalan ialah sama ada anda mempunyai masa atau tidak".

Beliau berkata selepas pilihan raya umum 2008, kerajaan amat menyedari peranan golongan muda, yang mewakili kira-kira 40 peratus penduduk, dalam menentukan pendapat umum serta masa depan masyarakat.

Untuk memperkasa masyarakat setempat bagi membolehkan mereka menyalurkan buah fikiran melalui pendapat awam, AZAM juga perlu bersikap berkecuali dalam memilih isu yang ingin diperjuangkannya, kata Taib, yang juga penaung AZAM, ketika memperkenalkan logo sambutan ulang tahun ke-30 pergerakan itu pada majlis berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan