Shafie Bawa Cadangan Semporna Dimasukkan Dalam ESSCOM Ke Kabinet Esok

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan membawa cadangan untuk memasukkan daerah Semporna dalam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ke mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata pembentukan ESSCOM yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah, namun tanpa daerah Semporna.

"Dalam pengumuman pembentukan ESSCOM yang akan menempatkan satu batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera, ia tidak termasuk kawasan saya (Semporna). Jika anda sedar, Semporna merupakan kawasan yang mudah terdedah kepada aktiviti lanun sejak tahun 1963.

"Selain itu, saya tak nak Semporna menjadi kawasan yang menjalankan aktiviti subversif seperti penyeludupan senjata dan dadah dari negara jiran dan ini perlu dibanteras," katanya selepas melancarkan Garis Panduan Kewangan dan Perakaunan Syarikat milik agensi di bawah kementerian di sini, Selasa.

Mohd Shafie turut menyambut baik pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang meliputi 10 daerah termasuk daerah Semporna yang diisytiharkan Najib pada Isnin.

"Dari segi keselamatan, pewujudan ESSZONE merupakan berita baik untuk meningkatkan daya upaya dalam sistem pertahanan di persisir pantai timur Sabah. Kawasan-kawasan ini agak dekat dengan negara jiran dan mudah dibolosi. Selain itu, perairan yang terbuka juga sukar dipantau," katanya.

Pada Isnin, Najib mengisytiharkan pewujudan ESSZONE meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, sebagai asas perundangan kepada ESSCOM. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan