Selangor Bubar DUN 22 April - MB

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa sepertimana Selangor.

"Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak," kata Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan PAS dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan pusat.

Sementara itu, Anwar yang ditanya tempoh masa yang akan diambil untuk perbincangan berkenaan, berkata pihaknya tidak menentukan sebarang tempoh masa.

"Sekarang kita bincang dahulu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan