PM Serah Jalur Gemilang Kepada Juruterbang Termuda

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyerahkan 'Jalur Gemilang' kepada Kapten James Tan, yang pada usia 21 tahun, mencuba menjadi juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.

Menggunakan pesawat N81MG Cessna, perjalanan beliau selama 50 hari akan meliputi jarak 22,000 batu nautika (41,000km) dengan singgah di 31 destinasi.

Dalam cubaannya memecahkan rekod dunia yang kini dipegang warga Switzerland Carlo Schmid, 22, tahun lepas, Tan, anak kelahiran Hulu Langat menetapkan matlamat untuk memperkasakan minda belia Malaysia menerusi misinya itu.

"Dengan konsep 1Malaysia, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Saya harap usaha ini akan memberi motivasi kepada lebih banyak belia Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran dunia," katanya selepas menerima bendera kebangsaan daripada Najib sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), di sini.

Tahun lepas, nama beliau disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "The Youngest Malaysian to fly a Single Engine Piston Aircraft in an Expedition".

Tan berkata misi beliau juga ialah untuk memberi motivasi kepada belia seluruh dunia untuk menjadi individu yang mengutamakan kejayaan dan kecemerlangan.

Sementara itu, bapanya, Tan On Chin, 58, berkata anaknya itu amat meminati kapal terbang sejak berusia lima tahun lagi dan memutuskan untuk memberi sokongan kepada anaknya itu memenuhi impiannya.

"Isteri saya dan saya sentiasa memberitahunya agar sentiasa buat perkara yang betul, lakukan apa yang diingini, dan hari ini saya amat gembira dengan apa yang telah dicapainya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan