Pemergian Dr Uthman El-Muhammady Kehilangan Besar Buat Negara - PM

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Uthman El-Muhammady
Dr Uthman El-Muhammady

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian tokoh ilmuan Islam, Dr Uthman El-Muhammady pada malam Isnin sebagai kehilangan besar kepada negara dan umat Islam.

Perdana Menteri berkata sumbangan Allahyarham dalam dunia intelektual Islam begitu tinggi apabila menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam yang tersebar di seluruh dunia.

"Antara jasa semasa hayatnya, Allahyarham begitu konsisten, tegas dan sering mempersoalkan isu-isu semasa berkaitan fahaman sesat termasuk pluralisme," kata Najib dalam kenyataan malam Selasa.

"Saya mengucapkan takziah (buat keluarga) atas pemergian Dr Uthman El-Muhammady...Saya sekeluarga berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para syuhada, solihin, sahabat dan para anbiya," katanya.

Uthman,70, yang juga Tokoh Maal Hijrah 2005 dan pakar dalam bidang pemikiran Islam, meninggal dunia malam Isnin di kediamannya di Persiaran Duta di sini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan