Noh Bidas Tuduhan Pemberian Permit Teksi Individu

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar membidas kenyataan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang menuduh pemberian permit teksi individu sebagai tindakan yang meniru dasar pembangkang.

Noh berkata beliau pernah memberi 3,000 permit teksi individu kepada pemandu teksi semasa memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekitar 2008 dan 2009.

"Ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak yang sampaikan permit itu. Bagaimana Rafizi boleh cakap Perdana Menteri ciplak idea, padahal mereka yang ciplak idea BN. Ini tuduhan yang kurang cerdik," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan anugerah kepada 282 pelajar cemerlang Parlimen Tanjong Karang di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Rafizi semalam yang mendakwa Perdana Menteri meniru dasar pembangkang dan menggunakannya untuk menarik sokongan pemandu teksi supaya mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Najib pada Ahad lepas mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi individu kepada pemandu teksi pada majlis Janji Ditepati-Pemberian Lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyerahkan permit individu pertama kepada 200 penerima. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan