Nazri Minta Pejabat Peguam Negara Tentukan Garis Panduan Kerajaan Sementara

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nazri (dua, kanan) berbual sesuatu dengan Abdul Gani (dua, kiri) sebelum sidang media sempena Majlis Pertukaran MoU antara Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO) di Kuala Lumpur, Selasa.-fotoBERNAMA
Nazri (dua, kanan) berbual sesuatu dengan Abdul Gani (dua, kiri) sebelum sidang media sempena Majlis Pertukaran MoU antara Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO) di Kuala Lumpur, Selasa.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.

"Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta AG's Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian pembaharuan antara kerajaan Malaysia dengan Asian-African Legal Consultative Organisation (AALCO) di sini, Selasa.

Mohamed Nazri diminta mengulas mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang akan terbubar secara automatik pada 28 Mac iaitu Khamis ini dan bukannya hari ini (Rabu) seperti dilaporkan sebelum ini.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah kerana kita ada 60 hari selepas DUN dibubarkan dan saya fikir sebaik Parlimen dibubarkan kita akan tetapkan tarikh (pilihan raya).

"SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mahukan supaya semua pilihan raya itu diadakan pada satu hari (serentak), itu adalah hak SPR untuk menentukan," katanya.

Mohamed Nazri berkata sesebuah kerajaan sementara hanya boleh meneruskan segala komitmen yang telah dibuat sebelum DUN dibubarkan dan tidak boleh membuat komitmen baharu.

"Antara tarikh pembubaran dan pembentukan kerajaan baharu, kerajaan sementara hanya boleh mentadbir, tetapi anda tidak boleh membuat sebarang pengumuman atau komitmen baharu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan