Kerajaan Jamin Penempatan Semula Di Esszone Tidak Jejas Penduduk

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan bahawa penempatan semula di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) tidak akan menjejas hak penduduk tempatan, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Isnin.

Bagi memelihara keselamatan awam, beliau berkata, kerajaan akan menempatkan individu termasuk sebilangan kecil penduduk tempatan, pendatang tanpa izin atau orang tidak bernegara (stateless persons) ke suatu kawasan yang ditentukan kemudian.

Beliau menegaskan bahawa penempatan semula hanya di kawasan yang “panas”, berbahaya dan terjejas dan bukan semua penduduk di 10 daerah - Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Kebebasan dan hak penduduk tempatan akan terpelihara. Kerajaan sedia membantu rakyat Malaysia yang terjejas berikutan penempatan semula.

“Penduduk tempatan akan diberi pampasan selaras dengan kehendak undang-undang dan dengan secukupnya. Tidak timbul isu," katanya pada sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini.

rdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pewujudan ESSZONE berkuatkuasa hari ini yang akan memelihara hak demokratik dan proses demokrasi untuk penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan di kawasan timur Sabah.

Abdul Gani berkata penempatan semula ini tidak menghalang warga tempatan Malaysia daripada menjalankan haknya sebagai seorang pemilih dalam mana-mana pilihan raya Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Beliau berkata penduduk tempatan yang terkilan keputusan kerajaan boleh mencabar keputusan tersebut di mahkamah.

“Dalam menjalankan penempatan semula ini, kerajaan akan mendapatkan nasihat dan kerjasama daripada ketua daerah, ketua anak negeri atau ketua kampung komuniti sedia ada. Kerajaan akan berunding untuk memastikan penduduk tempatan berasa selamat dan senang,” katanya.

Abdul Gani berkata satu Lembaga Pelawat yang dianggotai pegawai awam dan wakil organisasi yang berkaitan akan ditubuhkan.

Beliau berkata lembaga tersebut akan memeriksa secara bulanan keadaan tempat tinggal dan orang yang tinggal di kawasan penempatan semula demi kepentingan kesihatan awam dan untuk memastikan matlamat penempatan semula tercapai.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan penempatan semula ini tidak memudaratkan kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan yang duduk berdekatan dengan tempat itu,” katanya.

“Kerajaan akan memastikan pendidikan asas dan peluang pekerjaan diperluas kepada orang yang tinggal di kawasan penempatan semula, membolehkan mereka hidup secara aman.

"Selain itu, kerajaan akan menyediakan latihan dan kelengkapan jika perlu, membolehkan mereka memulakan pekerjaan baru,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan mendapatkan kerjasama, bantuan dan nasihat serta meminta apa-apa bentuk sumbangan daripada mana-mana organisasi atau badan dalam Malaysia atau di luar negara.

“Akan ada organisasi antarabangsa yang diundang bagi memastikan semua ini dilaksanakan dengan sempurna selaras dengan undang-undang domestik dan antarabangsa,” katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan