Editor The Sun Zainon Ahmad Dirawat Di Hospital Kota Baru

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zainon Ahmad
Zainon Ahmad

KOTA BARU: Editor Perunding akhbar The Sun, Zainon Ahmad, 70, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini pada Selasa selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat kanser hati.

Menurut anak ketiganya, Zuhailawati, 40, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 1 pagi Selasa selepas mengadu sakit dada ketika berada di rumahnya di Jalan Bayam di sini.

Beliau berkata Zainon dihantar oleh ibunya, Hasnah Abdullah, 65, ke hospital berkenaan apabila mendapati keadaan bapanya agak membimbangkan.

Zuhailawati berkata bapanya sudah lama menghidap kanser hati dan penyakit berkenaan mula serius sejak Oktober lepas.

"Sebelum ini ayah menerima rawatan di sebuah pusat rawatan swasta di Subang Jaya, Selangor," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Wad Mahsuri, hospital itu pada Selasa.

Zainon yang berada dalam keadaan koma kini menggunakan alat bantuan pernafasan.

Isteri beliau, Hasnah, berada di sisi katil suaminya sambil membacakan surah Yasin dan berdoa.

Anggota keluarga dan saudara-mara tidak putus-putus menziarahi Zainon sejak berita beliau dimasukkan ke ICU tersebar.

"Sebelum ini bapa selalu bersenam dengan berjoging hampir setiap hari, cuma hari ini (Selasa) tidak sempat," kata Zuhailawati, anak ketiga daripada empat beradik itu.

"Kami anak-anak selalu nasihatkan supaya bapa pencen daripada bekerja sebagai wartawan. Bagaimanapun kerana minat yang begitu mendalam, bapa tetap meneruskan kerjayanya," katanya.

Beliau berkata bapanya yang tinggal di Seksyen 14 Subang Jaya, Selangor selalu berulang-alik ke rumahnya di Jalan Bayam di sini.

Sementara itu, Hasnah yang sempat berbual dengan mereka yang menziarahi Zainon, berkata pada masa ini tiga daripada empat anaknya berada bersamanya.

"Seorang lagi dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat," katanya sambil menambah beliau dan Zainon mempunyai 14 cucu.

Turut menziarahi Zainon pada Selasa ialah Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Editor Tugas-tugas Khas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohamad Nasir Yusoff dan Pengarah Penyiaran Kelantan Datuk Sayuti Mokhtar.

Sementara itu, di Kuala Lumpur berita mengenai Zainon dirawat di ICU mula tersebar dalam kalangan pengamal media sejak pagi.

Zainon yang pernah menjadi guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan 35 tahun dulu merupakan Penolong Editor Kumpulan akhbar The New Straits Times.

Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pengarang akhbar The Sun pada 2002.

Zainon yang sering diundang untuk berucap mengenai peranan media dalam persidangan tempatan dan antarabangsa turut aktif dalam pelbagai program latihan untuk wartawan muda di dalam dan luar negara.

Beliau pernah memenangi Media Personality Award pada 2010.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.

Beliau pernah belajar mengenai pengurusan akhbar di Thomson Foundation, London dan menjadi felo di Fletcher School of Law and Diplomacy, Tuft University, Boston, Amerika Syarikat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan