Alan Zechariah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai Radio Televisyen Malaysia, (RTM) Alan Zachariah, 71, meninggal dunia akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, Selasa.

Anak tunggal mendiang, Adam Zachariah, 34, memberitahu Bernama bapanya dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada petang semalam sebelum meninggal dunia pada kira-kira 1.30 tengah hari.

"Bapa saya tidak pernah mengadu sakit, tapi semalam tiba-tiba dia sakit dada dan kami terus bawa ke hospital," katanya.

Menyifatkan bapanya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab, Adam berkata mendiang gemar melancong bersama keluarga selain mahir bermain gitar.

"Kehilangan beliau amat dirasai sebab kami sering melakukan aktiviti bersama," katanya.

Upacara keagamaan untuk mendiang dijangka disempurnakan di Gereja St Ignatius di Petaling Jaya pada Khamis.

Selain Adam, mendiang Alan meninggalkan balu, Evelyn, 64.

Anak kelahiran Kuala Lumpur, Alan mula menyertai RTM pada 1966 dan bersara pada 2000.

Mendiang terkenal sebagai penyampai radio siaran bahasa Inggeris ketika bertugas dengan RTM.

Mendiang turut dikenang sebagai individu yang mempopularkan irama jazz di radio tempatan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan