PM Umum Pemberian 1,000 Lesen Teksi Individu

Diterbitkan: Isnin, 25 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib menyampaikan Lesen Teksi Individu kepada 200 penerima pertama lesen tersebut  pada majlis Janji Ditepati - Pemberian Lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.
Najib menyampaikan Lesen Teksi Individu kepada 200 penerima pertama lesen tersebut pada majlis Janji Ditepati - Pemberian Lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian lesen teksi individu kepada 1,000 pemandu teksi terpilih sempena Majlis Janji Ditepati bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Najib berkata selain membolehkan pemandu teksi beroperasi sendiri, Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) akan memberikan geran RM5,000 kepada pemegang lesen individu terbabit untuk membeli kereta Proton Exora.

"Setiap pemandu yang menerima lesen individu itu diwajibkan membeli kereta Proton Exora untuk digunakan sebagai teksi.

"Ia merupakan satu lagi komitmen kerajaan bagi memastikan pemandu teksi menyediakan kenderaan sesuai untuk kemudahan dan keselesaan penumpang terutamanya pelancong asing," kata Najib ketika berucap pada majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 6,000 pemandu teksi.

Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan 200 lesen individu bagi kumpulan pertama manakala selebihnya akan diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata, dengan adanya geran tersebut, harga sebenar Proton Exora bernilai RM64,000 akan dikurangkan kepada RM59,000.

Selain itu, katanya pemandu teksi berkenaan juga akan dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.

Najib berkata, inisiatif tersebut merupakan satu lagi 'janji ditepati' kerana kebajikan pemandu teksi perlu dijaga bagi membolehkan mereka menyara keluarga dan menikmati masa depan lebih baik.

"Tidak dinafikan syarikat teksi telah memberi peluang pekerjaan kepada pemandu teksi tetapi ada juga yang mengeksploitasi golongan ini seakan-akan sistem penghambaan zaman moden," katanya.

Justeru, katanya usaha kerajaan itu sekaligus dapat memelihara kebajikan pemandu teksi dan menjadi titik permulaan modal baru kepada sistem teksi di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata lesen individu itu diberikan berdasarkan merit dan kriteria tertentu seperti rekod bebas jenayah, tiada kesalahan trafik, rekod pemanduan baik dan memandu teksi lebih lima tahun.

Menurutnya, pemberian lesen tersebut juga tidak akan membawa kepada lambakan teksi di negara ini kerana syarikat-syarikat teksi telah menyerahkan kembali sejumlah lesen mereka atas program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Dari semasa ke semasa, jika lebih ramai daripada mereka mahu menyerahkannya, dengan itu kami akan mengeluarkan lebih banyak lesen. Kita juga akan membuat kajian dari segi pertambahan penduduk dan permintaan. Kita tidak akan keluarkan lesen sewenang-wenangnya. Kita nak tentukan semua orang boleh cari makan," katanya.

Mengulas mengenai pemberian geran RM5,000, Syed Hamid berkata ia merupakan peluang terbaik diberikan kerajaan untuk membolehkan pemandu teksi memiliki kereta sendiri.

"Penerima akan menikmati tempoh bayaran balik selama tujuh tahun dan kadar bayaran bulanan di samping kadar faedah yang lebih rendah.

"Kereta tersebut juga tidak boleh dipindah milik tetapi pemilik lesen itu boleh mendapatkan pemandu kedua untuk teksi mereka. Saya berharap mereka akan memberikan perkhidmatan terbaik," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan