Lahad Datu: Zon Keselamatan Timur Sabah Berkuatkuasa Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 25 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE) untuk mencegah pencerobohan dan memastikan keselamatan negeri berkuat kuasa pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengumumkan perkara itu berkata, zon keselamatan akan meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna dan Tawau.

"Zon keselamatan akan ditadbir oleh jawatankuasa.

"Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa ESSZONE.

“Beliau akan dibantu oleh pegawai eksekutif dan ahli-ahli lain, yang akan diumumkan kemudian," kata Najib dalam ucapannya sempena Sambutan Hari Polis ke-206 di Akademi Latihan Polis (Pulapol).

Pasukan keselamatan Malaysia telah menjalankan operasi di pantai timur Sabah sejak beberapa minggu lalu untuk mengusir sekumpulan lelaki bersenjata Sulu dari kawasan itu.

Kumpulan dari selatan Filipina itu bersembunyi di Kampung Tanduo sejak 9 Februari lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan