Kerajaan Kaji Kemungkinan Sambung Kontrak F1 - PM

Diterbitkan: Isnin, 25 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kanan) diiringi, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali (kanan) ketika bejalan masuk ke kawasan grid permulaan untuk melawat kereta-kereta Formula 1 sebelum Perlumbaan Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kanan) diiringi, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali (kanan) ketika bejalan masuk ke kawasan grid permulaan untuk melawat kereta-kereta Formula 1 sebelum Perlumbaan Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad. -fotoBERNAMA

SEPANG: Kerajaan masih mengkaji kemungkinan untuk menyambung kontrak Formula One selepas kontrak itu tamat pada 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad.

"Kami akan menimbangnya dengan serius (mengenai pembaharuan kontrak itu) kerana kami perlu meneliti terma dan syarat dan sebagainya...dan kami akan membuat keputusan apabila tiba masanya," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan Grand Prix Petronas Malaysia 2013 di Litar Sepang.

Najib menegaskan Malaysia mempunyai rekod yang terbukti dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa.

"Penganjuran Formula One telah meletakkan Malaysia di peta dunia. Ia membuktikan Malaysia boleh menganjurkan acara bertaraf antarabangsa yang penting ini. Kami mendapat sokongan daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jadi, keseluruhannya adalah positif," katanya.

Mengenai perlumbaan pada Ahad, Najib berkata beliau gembira dengan pencapaian pasukan yang disokong Malaysia, Mercedes AMG Petronas F1 Team, apabila kedua-dua pemandu pasukan itu Lewis Hamilton dan Nico Rosberg masing-masing berkesudahan di tempat ketiga dan keempat.

Perlumbaan itu dimenangi pemandu dari Jerman, Sebastian Vettel dari Infiniti Red Bull Racing.

Sementara itu, Pengerusi Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) Datuk Mokhzani Tun Mahathir berkata pihaknya berkemungkinan besar akan menyambung semula kontrak Formula One yang bakal tamat pada tahun 2015 itu.

"Kita kena berbincang dengan pihak SIC, kemudian akan membuat tinjauan terhadap penonton dan pihak penaja...kita akan tengok sama ada pihak penganjur akan meneruskan ataupun tidak.

"Keputusan ini masih belum lagi diambil buat masa sekarang," katanya, sambil menambah sambutan pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas walaupun tidak mencapai sasaran awal yang ditetapkan iaitu 90,000 penonton pada hari perlumbaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan