Inisiatif Penempatan Semula Penduduk Di Kawasan Timur Sabah - PM

Diterbitkan: Isnin, 25 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengadakan inisiatif penempatan semula penduduk yang tinggal di beberapa lokasi di kawasan Timur Sabah bagi maksud pemeliharaan keselamatan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah ini diambil setelah menyedari bahawa punca utama kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan kawasan timur lain di Sabah disebabkan kewujudan beberapa petempatan yang dianggap mudah terdedah kepada penyusupan pendatang asing tanpa izin dan orang tidak bernegara.

Beliau berkata, inisiatif di bawah Bahagian III Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 itu, membolehkan kerajaan menempatkan semula orang atau kumpulan orang, khususnya mana-mana orang atau kumpulan orang yang merupakan pendatang tanpa izin atau orang tidak bernegara, ke suatu kawasan yang selamat dan sesuai yang ditentukan kerajaan.

"Haruslah ditekankan di sini bahawa keputusan untuk menempatkan semula orang atau mana-mana kumpulan orang ialah bagi maksud pemeliharaan keselamatan awam.

"Dalam melaksanakan penempatan semula ini, kerajaan akan mengambil pertimbangan bukan sahaja keselamatan dan kesejahteraan orang yang ditempatkan semula ini tetapi juga penduduk sedia ada yang tinggal di kawasan petempatan semula," katanya ketika berucap pada upacara perbarisan sempena sambutan Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini Isnin.

Najib berkata, rundingan dengan ketua daerah, ketua anak negeri atau ketua kampung akan diadakan bagi membincangkan segala aspek mengenai penempatan semula termasuk mata pencarian penduduk agar kepentingan mereka terpelihara.

Bagi memelihara dan melindungi hak asasi rakyat dan kedaulatan undang-undang, Najib berkata, kerajaan akan memastikan penempatan semula ini tidak menimbulkan rasa terkilan penduduk dengan keputusan kerajaan hingga mereka keputusan kerajaan dan tidak menghalang mana-mana warganegara daripada menjalankan haknya sebagai seorang pemilih dalam mana-mana pilihan raya.

"Menyedari bahawa penempatan semula ini akan melibatkan juga warganegara Malaysia sama ada, sebagai orang yang akan ditempatkan atau sebagai orang yang menetap di tempat petempatan semula, maka kerajaan akan membantu mana-mana warganegara yang haknya di bawah Perlembagaan Persekutuan telah terjejas secara yang memudaratkan oleh penempatan semula," katanya.

Menurut perdana menteri, kerajaan turut menyediakan tempat tinggal yang selamat, memastikan kesihatan awam, perkhidmatan perubatan dan sanitasi disediakan di samping peluang pendidikan dan peluang pekerjaan akan diperluas kepada penduduk di kawasan petempatan semula.

Selain itu, katanya, kerajaan akan bekerjasama dengan mana-mana organisasi atau badan tempatan dan luar negara, bagi menyediakan latihan dan kelengkapan jika perlu untuk membolehkan penduduk di petempatan semula memulakan kehidupan baru.

"Kerajaan sedar bahawa keputusan untuk menempatkan semula, memberikan impak besar kepada kehidupan masa depan mereka yang terlibat. Penghijrahan ke suatu tempat baharu melibatkan penyesuaian masyarakat terhadap suasana tempat tinggal baru," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, inisiatif itu sebenarnya turut memberi manfaat kepada mereka yang tinggal di sekitar kawasan petempatan semula kerana kerajaan akan menjalankan program-program yang perlu bagi kesejahteraan dan kebajikan mereka.

Perdana menteri berkata, inisiatif penempatan semula itu mungkin akan diperluaskan ke seluruh Sabah apabila mendapati keadaan sesuai untuk berbuat demikian.

"Walaupun inisiatif penempatan semula ini hanya tertumpu kepada kawasan timur Sabah sahaja setakat ini, ia bukan bermakna bahawa kawasan pantai barat Sabah dilupakan.

"Buat masa ini keperluan keselamatan yang lebih mendesak tertumpu di kawasan timur," katanya.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah meragui kesetiaan warganegara Malaysia berketurunan Suluk.

Katanya, mereka ialah warganegara yang mempunyai hak seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.

"Kerajaan akan terus melindungi hak mereka yang sah dan memperjuangkan kebajikan mereka," katanya.

Najib juga memuji keberanian dan pengorbanan penduduk Kampung Senalang, Semporna yang berjaya menundukkan seorang pengganas pada 3 Mac lepas.

"Dalam usaha penduduk itu mempertahan diri dan negara, pengganas itu telah terbunuh. Jasa dan keberanian mereka (penduduk kampung) amatlah dihargai," katanya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan anugerah kenaikan pangkat secara medan kepada lapan anggota polis yang terkorban akibat pencerobohan pengganas di Sabah.

Terdahulu, perdana menteri memeriksa kawalan kehormatan dan menyaksikan perarakan perbarisan oleh 1,300 pegawai dan anggota polis. Majlis turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan