Rakyat Sabah Digesa Nilai Komitmen Kerajaan BN Dalam Soal Keselamatan, Pembangunan

Diterbitkan: Ahad, 24 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PITAS: Rakyat Sabah digesa memberi perhatian kepada dua keperluan utama iaitu soal keselamatan dan pembangunan dalam menilai komitmen dan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memajukan negara dan menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim ketika membuat gesaan itu berkata kerajaan persekutuan dan negeri komited dalam memastikan rakyat terus menikmati kestabilan dan keamanan serta sentiasa merasa selamat.

"Elemen ini penting bagi membolehkan agenda pembangunan yang telah dilaksana dan dirancang selama ini demi kebaikan dan kesejahteraaan rakyat termasuk di Sabah dapat berjalan dengan rancak," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Kampung Malubang, dekat sini Sabtu.

Oleh itu, katanya komitmen kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menjaga keselamatan dan kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sepatutnya mendapat sokongan tidak berbelah-bahagi daripada rakyat Sabah.

Katanya pewujudan kawasan keselamatan khas yang dikenali Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dengan tumpuan menjaga pintu masuk utama perairan negara sepanjang 1,400km dari Kudat ke Tawau adalah suatu keputusan yang bijak.

Ini kerana, katanya, segala sumber kekuatan dapat ditumpukan ke kawasan tersebut untuk memastikan gejala pencerobohan rakyat asing dapat ditumpaskan.

Abdul Rahim berkata komitmen tinggi kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan holistik di daerah wilayah keselamatan ESSCOM amat dihargai.

"Ini kerana untuk terus berjaya dalam menjamin keselamatan negara, maka aspek pembangunan turut menjadi pelengkap, dan senjata utama untuk memerangi ancaman musuh berdasarkan doktrin KESBAN (Keselamatan dan Pembangunan) dan doktrin Pertahanan Menyeluruh (Hanruh) negara," katanya.

Pada majlis itu, Abdul Rahim turut menyampaikan bantuan kepada penduduk, terutamanya nelayan, yang pendapatan mereka terjejas berikutan "khabar angin" mengenai ancaman keselamatan akibat insiden pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu.-- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan