Penambahan Aset Keselamatan Mampu Kawal Keselamatan Lahad Datu - Bekas KPN

Diterbitkan: Ahad, 24 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Penambahan aset dan jumlah anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah mampu melindungi kawasan itu daripada dibolosi penceroboh di masa depan, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata tindakan meletakkan kawasan itu dalam kawalan keselamatan yang ketat membolehkan semua aset keselamatan ditumpukan di sana.

Ketika menyampaikan ceramah umum bertajuk "Lahad Datu: Negara Terjajah, Aqidah Tergadai, Siapa Dalang" di sini malam tadi, Musa turut menyarankan tindakan risikan oleh pasukan penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan perairan Sabah bagi mengelakkan insiden pencerobohan berulang.

Katanya semasa pasukan polis marin ditempatkan di setiap pulau di Sabah, pasukan keselamatan itu turut menjalankan risikan bagi mendapatkan maklumat mengenai penceroboh.

"Tetapi apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan khidmat polis marin di kawasan itu dihentikan...APMM lebih bertumpu kepada perikanan, pertanian dan sebagainya tetapi kurang dalam risikan," katanya.

Dalam pada itu, Musa turut meminta semua pihak supaya menghormati dan tidak memperlekehkan segala usaha yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dalam membanteras kumpulan militan Sulu di Lahad Datu.

"Bila rakyat menyokong, mereka akan bersemangat. Kita perlu beri kekuatan pada mereka kerana sememangnya mereka amat memerlukannya ketika ini," katanya.

Sementara itu, Musa berkata tindakan menghantar polis sebelum tentera dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah tepat kerana situasi itu turut melibatkan masalah dalaman. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan