LIMA 13 Catat Sejarah Penyertaan Terbesar Syarikat Tempatan

Diterbitkan: Ahad, 24 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Sebanyak 226 syarikat tempatan mengesahkan penyertaan dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-13 (LIMA 13) kali ini, menjadikannya penyertaan terbesar di kalangan syarikat tempatan sejak acara dwitahunan itu mula diperkenal pada 1991.

Pengarah Urusan HW LIMA Sdn Bhd Ahmad Dzuhri A Wahab berkata peningkatan penyertaan syarikat tempatan merupakan satu perkembangan yang baik berbanding LIMA 11, iaitu sebanyak 178 syarikat, sekali gus membuktikan perkembangan positif industri maritim dan aeroangkasa negara.

"Penyertaan syarikat tempatan amat menggalakkan berbanding LIMA 11, ia merupakan salah satu sasaran kita yang mana ingin menarik seberapa banyak penyertaan syarikat tempatan, selain penyertaan syarikat antarabangsa pada kali ini sebanyak 207 syarikat," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Ahmad Dzuhri berkata penyertaan lebih 400 syarikat dari dalam dan luar negara jelas membuktikan LIMA 13 bukan sahaja platform pameran inventori ketenteraan sebaliknya ia membuka peluang perniagaan antara syarikat tempatan dan antarabangsa.

Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad meninjau persiapan gerai pameran LIMA 13 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Dalam pada itu, Ahmad Dzuhri berkata sebanyak 78 pesawat dan 63 kapal turut dipamer di MIEC dan di pangkalan jeti Porto Malai.

"Kita menjangkakan semua pesawat dan kapal ini akan dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Langkawi bagi memeriahkan pameran pada kali ini," katanya.

Beliau berkata LIMA 13 turut menampilkan pasukan Aerobatik 1Malaysia Krisakti dan pertunjukan udara pasukan aerobatik 'The Smokey Bandits' dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan pesawat tempur MIG29 serta The Russian Nights (Rusia) dan pasukan Jupiter (Indonesia).

LIMA 13 yang membuka tirai Selasa ini, dijangka melabuhkan tirai pada 30 Mac dan akan dibuka kepada orang awam pada 29 dan 30 Mac dengan bayaran tiket serendah RM10 seorang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan