Lebih 5,000 Hadir Himpunan Rakyat Bersatu P.Pinang, Tunjuk Sokongan Kepada BN

Diterbitkan: Ahad, 24 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ribuan orang ramai membanjiri Padang Kota Lama sebagai menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di majlis penyatuan rakyat Pulau Pinang menyokong BN, Ahad.

 -fotoBERNAMA
Ribuan orang ramai membanjiri Padang Kota Lama sebagai menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di majlis penyatuan rakyat Pulau Pinang menyokong BN, Ahad.

 -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Lebih 5,000 rakyat Pulau Pinang menyertai 'Himpunan Rakyat Bersatu' bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Padang Kota Lama di sini Ahad.

Program anjuran Sekretariat Rakyat Bersatu Pulau Pinang yang bermula pukul 5 petang itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Turut hadir berucap dalam perhimpunan berlangsung lebih dua jam itu adalah Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman; dan Timbalan Pengerusi MIC negeri L. Krishnan.

Antara isu yang dibangkitkan ialah isu rumah kos rendah, kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang, pembinaan terowong dasar laut dan kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan manifesto pilihan raya umum ke-12 mereka.

Teng dalam ucapannya berkata BN Pulau Pinang bersiap sedia mengambil alih pentadbiran negeri ini dan telah merangka Pelan Ekonomi Baru serta pelbagai program untuk pembangunan rakyat.

Beliau berkata BN Pulau Pinang berjanji akan memansuhkan tol yang dikenakan terhadap penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui negeri ini.

"Kita janji akan mansuh tol di Jambatan Pulau Pinang pertama sahaja, Jambatan Kedua Pulau Pinang kita belum pertimbangkan lagi," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya Teng berkata jumlah kehadiran rakyat pada program yang disifatkan sebagai berjaya itu menunjukkan mereka telah bersedia menyokong BN pada pilihan raya ke-13 (PRU) yang akan berlansung tidak lama lagi.

"Ini terbukti apabila hadirin ditanya adakah mereka bersedia menghadapi PRU-13, mereka bersepakat dan beramai-ramai meneriak perkataan 'bersedia' dan 'Hidup BN'," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan