Tindakan Pelajar Berkampung Depan Angkasapuri Tidak Hormat Hak Orang - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tindakan sekumpulan pelajar berkampung dan berceramah di depan pintu gerbang Angkasapuri pada Jumaat tidak menghormati hak orang lain, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Saya dukacita kerana keadaan itu dilakukan dalam suasana nak pilihan raya dan tidak menghormati hak orang lain. "Kita menghormati hak mereka di kampus, jadi mereka pun harus menghormati hak institusi-institusi yang telah dikanunkan di bawah perundangan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Himpunan Pemandu Teksi Malaysia (PETEKMA) Johor di Angsana Johor Baharu Mall di sini, Sabtu.

Rais berkata Angkasapuri merupakan kawasan larangan dan tiada sesiapa boleh mengadakan tunjuk perasaan atau pengucapan umum di situ. "Sekiranya ada pihak yang ingin menyuarakan sesuatu kepada Kementerian atau RTM, saya sedia menerima memorandum atau bertemu dengan mereka.

"Mereka tidak ada nak bertemu dengan kami tetapi terus berceramah di depan pintu gerbang, jadi itu adalah sesuatu di luar perundangan," katanya.

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13)mengadakan "Occupy Angkasapuri" selepas solat Jumaat semalam dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM berhubung permohonan menganjurkan debat dengan Perdana Menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.

Tiga aktivis mahasiswa, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang, Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri untuk bertemu Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan RTM Mohd Nadzir Don.

Mereka dibebas dengan jaminan polis pada 8.30 malam Jumaat selepas disoal siasat. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan