Tabung Haji Cadang Bina Hotel Di Jeddah Ganti Bangunan Madinatul Hujjaj

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Cadangan pembinaan hotel bagi menggantikan bangunan Madinatul Hujjaj di Jeddah sebagai pusat transit jemaah haji Malaysia sebelum berangkat pulang ke tanah air akan memberi nilai tambah dan keselesaan kepada jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kemudahan fasiliti di bangunan Madinatul Hujjaj kelolaan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) itu kini berada pada tahap minimum manakala tempoh sewaan bangunan itu hampir tamat.

"Kita fikir masanya sudah sampai bagi Tabung Haji mencari kaedah lebih praktikal untuk menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang dan selama-lamanya. Jadi elok kita bina bangunan baharu untuk menempatkan jemaah haji," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Zon Utara di Harvard Suasana Hotel, di sini, Sabtu.

Katanya Tabung Haji masih dalam peringkat perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi dan pemilik tanah berhubung pembelian hartanah bagi membina hotel itu.

Jamil Khir berkata bagi memastikan kelancaran pergerakan dan urusan jemaah haji Malaysia yang akan berangkat pulang ke tanah air, mereka ditempatkan di Madinatul Hujjaj dua hari lebih awal dari jadual penerbangan mereka.

Bangunan Madinatul Hujjaj menyediakan tempat untuk lebih 1,000 jemaah haji pada satu-satu masa dan pernah digunakan bagi menempatkan kira-kira 7,000 pelajar Malaysia di Mesir yang terkandas dalam rusuhan negara itu pada 2011.

Dalam ucapannya, Jamil Khir berkata konvensyen itu menjadi platform untuk pegawai-pegawai agama yang berkhidmat di Bahagian Agama Polis Diraja Malaysia (Baka), Jabatan Penjara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Latihan Pertanian membincangkan isu-isu berkaitan bidang tugas mereka.

"Mereka adalah pegawai agama di bawah pentadbiran Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)...melalui konvensyen ini setiap perkara boleh dibincangkan dan diselesaikan bersama berdasarkan fatwa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan