SPP Laksana Penilaian Khas Lantik Guru Cemerlang

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)sedang melaksanakan Program Penilaian Khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012, kata Pengerusi SPP Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Beliau berkata penilaian khas itu bertujuan melantik bakal guru yang cemerlang dari segi akademik dan ikhtisas tanpa melalui proses temu duga secara konvensional.

Katanya pelantikan secara terus itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian akademik dan ikhtisas graduan yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas, mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam Praktikum serta diperakui Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Zulkurnain dalam kenyataan pada Jumaat berkata program penilai khas itu melibatkan 2,780 graduan cemerlang daripada IPTA dan IPGM.

Program penilaian itu dijalankan secara berperingkat di seluruh negara bermula 19 Mac lepas di Kuching melibatkan 247 graduan, diikuti Putrajaya semalam seramai 560 graduan, Johor Baharu (28 Mac), Ipoh (2 April), Sungai Petani (4 April), Kota Baharu (8 April), Kuantan (11 April) dan Kota Kinabalu (17 April), katanya.

"Pada akhir penilaian semua graduan yang layak akan terus diberi surat pelantikan daripada SPP," katanya.

Zulkurnain berkata 5,033 graduan lagi perlu melalui temu duga biasa yang dijalankan mulai 19 Februari lepas hingga 28 Mac. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan