Spekulasi Tidak Bertanding, Masa Akan Tentukan - Ng Yen Yen

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen tidak menafi atau mengiyakan spekulasi bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata masa akan menentukan sama ada namanya akan tersenarai atau sebaliknya.

"Masa sekarang adalah masa khabar angin, masa spekulasi, kita tunggu masa yang sesuai kita akan tahu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Burung Melaka di Taman Botanikal Ayer Keroh di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina mengenai Ng mungkin digugurkan sebagai calon boleh menang pada PRU-13 akan datang.

Ng berkata perjuangan politiknya bukan bertujuan untuk mengejar kedudukan dan jawatan sebaliknya bagi berusaha memakmur dan memajukan negara.

"Pada saya, masuk politik bukan nak jadi menteri, saya masuk politik bukan nak jadi timbalan menteri, saya masuk politik adalah untuk saya sebagai rakyat Malaysia boleh berusaha bersama-sama memajukan negara agar kemakmuran dan kemajuan dapat dicapai, itu sahaja," katanya.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk terus kekal di kawasan Parlimen Raub, Ng berkata: "Saya tidak ada hasrat apa-apa dalam politik, hasrat saya hanya untuk melihat Barisan Nasional (BN) menang dengan besar". -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan