PRU-13: 26 Mei Tarikh Akhir Adakan Pilihan Raya Serentak

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT TINGGI: Tarikh 26 Mei adalah tarikh terakhir di mana pilihan raya Parlimen dan pilihan raya Negeri boleh diadakan serentak berikutan tamatnya Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan pada Selasa, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Walaupun tempoh lima tahun Parlimen berakhir pada 27 April, beberapa Dun akan berakhir lebih awal dengan Negeri Sembilan yang pertama tamat pada 26 Mac.

Undian bagi kerusi Dun di Negeri Sembilan mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu, kata Abdul Aziz. "Kami mencuba yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya secara serentak di semua negeri bersama-sama dengan pemilihan Parlimen, yang bermaksud saya mempunyai sehingga 26 Mei untuk mengadakan pemiihan serentak kerana Negeri Sembilan akan tamat pada masa itu dan Dun tidak boleh melebihi tempoh lima tahun," kata Abdul Aziz kepada pemberita selepas taklimat kepada Pegawai Pengurus (RO) dari Wilayah Persekutuan di sebuah resort di sini.

Abdul Aziz melahirkan keyakinan bahawa kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah akan berusaha untuk membubarkan Dun mereka pada tarikh yang sama dengan Dewan Rakyat. "Satu-satunya negeri yang kita tidak pasti tentangnya ialah Selangor tetapi ia tidak menjadi masalah kerana walaupun mereka membuat keputusan untuk membubarkannya selepas Parlimen, kita masih mempunyai ruang untuk mengadakan pilihan raya secara serentak."

Abdul Aziz berkata jika Dun Negeri Sembilan dibenarkan untuk menjalankan penggal penuh sehingga Selasa, negeri itu kemudian akan dikendalikan oleh kerajaan sementara.

Speaker Dewan Negeri, Menteri Besar dan anggota Exco akan terus mentadbir negeri itu untuk menjalankan apa sahaja dasar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri yang baru tamat tempoh tetapi mereka tidak boleh mewujudkan dasar-dasar baru atau membentangkan bajet baru.

Mengenai kesediaan SPR Abdul Aziz berkata pihaknya sudah 90 peratus bersedia untuk pilihan raya dengan semua peralatan, kemudahan, kakitangan dan sukarelawan suruhanjaya yang kini terlatih.

Di samping itu, dakwat kekal yang akan digunakan untuk kali pertama pada pemilihan akan datang juga telah tiba di Malaysia dan sedang disimpan di dalam bilik yang berhawa dingin untuk mengekalkan kualiti 210,000 botol dakwat.

Kawasan penyimpanan, di mana lokasinya enggan didedahkan Abdul Aziz sedang dipantau oleh kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengelakkan kecurian.

Abdul Aziz berkata, dakwat akan diagihkan kepada setiap negeri pada hari pembubaran Parlimen dan akan diberikan kepada Pegawai Pengurus pilihan raya setiap bahagian Parlimen pada hari penamaan calon.

Mengenai tempoh berkempen, Abdul Aziz berkata ia akan berlaku sekurang-kurangnya 11 hari.

Beliau berkata sesetengah pihak telah meminta sehingga satu bulan, yang katanya SPR akan mempertimbangkan berdasarkan faktor-faktor seperti perkembangan politik semasa dan sama ada terdapat sebarang acara kebudayaan atau agama sepanjang tempoh tersebut.

"Kami masih belum memutuskan mengenai tempoh kempen tetapi apa yang boleh saya katakan ia tidak akan menjadi terlalu panjang atau terlalu pendek."

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata Pegawai Pengurus untuk 22 kawasan Parlimen yang semua telah dilantik semalam telah mula memproses permohonan pengundian pos oleh rakyat Malaysia di luar negara dengan 7,213 permohonan yang diterima setakat ini.

Beliau berkata maklumat mengenai permohonan yang diluluskan akan dimuatnaik di laman web SPR (http://www.spr.gov.my) dengan pengundi akan diberitahu melalui e-mel.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan