PM Akan Umum Suruhanjaya Diraja Insiden Pencerobohan Pengganas Sulu Pada Isnin - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dalang insiden pencerobohan di Sabah akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Isnin ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perkara tersebut pada sidang media sempena sambutan Hari Polis.

"Pada ketika ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun "menjalankan kerja" bagi mengenal pasti dalang insiden itu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota keselamatan dan 63 pengganas," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Giat Semberong di Dewan Taman Sri Lambak, di sini.

Sementara itu, beliau berkata KDN telah bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah.

Menurutnya, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.

"National Intelligence Coordinating Agency, Filipina memang mempunyai kerjasama yang rapat dengan Cawangan Khas kita. Kita mendapatkan maklumat (perisikan) terkini berhubung kait dengan pembabitan pihak ketiga selain daripada maklumat tentang kumpulan (Jamalul) Kiram (pemimpin pengganas Sulu).

"Ia juga (maklumat perisikan) sama ada membabitkan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) ke, kumpulan Nur Misuari (bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)), kepada pihak-pihak politikus atau pengganas-pengganas tertentu," katanya

Jelasnya, kerjasama baik di antara Kuala Lumpur dan Manila terbukti baru-baru ini apabila kapal pengawal pantai Filipina menahan 38 penceroboh di perairan Tawi-Tawi apabila mereka cuba balik ke republik tersebut.

KDN, katanya, telah mewujudkan rangkaian kerjasama yang baik dengan agensi perisikan serantau sejak daripada dahulu, bertujuan memastikan rantau ini terus kekal aman dan stabil.

Hishammuddin berkata, hubungan perisikan baik bukan sahaja terjalin di antara Malaysia dengan Filipina tetapi juga dengan Aseanapol dan secara kerjasama dua hala seperti dengan Indonesia.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan