PKR Dakwa Papa Gomo Pengundi Hantu

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan serangan terhadap blogger Papa Gomo yang baru-baru ini memuat naik video pendek perbualan seorang lelaki yang kelihatan seperti pemimpin pembangkang dengan seorang lelaki lain, dengan mendakwa blogger tersebut adalah pengundi hantu.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa nama blogger berkenaan telah didaftarkan sebagai pengundi di dua kawasan - Wangsa Maju dan Ampang.

Bercakap pada sidang akhbar pada Jumaat, Rafizi mendakwa seseorang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger Papa Gomo telah didaftarkan di Ampang sebagai anggota polis bertarikh lahir 8 April 1983 manakala di Wangsa Maju, tarikh lahirnya adalah pada 21 Januari 1983.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyiasat perkara itu.

Rafizi juga mendakwa Wan Muhammad telah didapati bersalah atas dua tuduhan rasuah dan dihukum denda RM10,000 dan 14 hari penjara bagi pertuduhan pertama, dan denda RM10,000 serta lapan bulan penjara bagi pertuduhan kedua.

"Pendedahan" Rafizi dibuat selepas 'posting' terbaru Papa Gomo, termasuk 'posting' video wawancara ketua pembangkang tidak bertarikh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan stesen BFM89.9, di mana beliau telah ditanya sama ada beliau adalah seorang homoseksual atau biseksual.

Pada Khamis, Anwar telah memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Papa Gomo yang menyiarkan salah satu daripada paparan skrin video menunjukkan dua orang lelaki dalam keadaan intim melalui blog www.rajagoyang360.blogspot.com.

Sementara itu, menjawab dakwaan Rafizi, Wan Muhammad Azri yang tarikh lahirnya sepadan dengan pengundi berdaftar di Wangsa Maju menafikan bahawa dia adalah blogger Papa Gomo.

"Saya merupakan Ketua Eksekutif KL Pos Media & Production Sdn Bhd dan saya bukanlah orang yang didakwa oleh ketua pembangkang," katanya, sambil menambah pilihan raya umum ini akan menjadi pilihan raya pertama dia mengundi.

"Pada pilihan raya umum lepas, saya tidak mengundi kerana saya tidak mempunyai kesedaran untuk berbuat demikian.

"Kali ini, saya mendaftar untuk mengundi di Wangsa Maju.

"Saya juga tidak memohon untuk mendaftar sebagai pengundi di tempat-tempat lain selain dari Wangsa Maju. Saya terkejut dengan dakwaan Rafizi bahawa saya adalah seorang pengundi hantu kerana saya tidak pernah mengundi dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini," katanya.

Wan Muhammad berkata, dia tidak akan terkejut jika kemasukan namanya dengan tarikh lahir berbeza ke dalam daftar pemilih Ampang dilakukan oleh agen pembangkang yang bekerja dengan SPR.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan