Jangan Terpengaruh Khabar Angin Media Sosial Isu Keselamatan Negara - Ng Yen Yen

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Pelancongan meminta rakyat Malaysia dan pelancong asing yang ingin berkunjung ke negara ini khususnya Sabah agar tidak terpengaruh dengan khabar angin di media sosial berhubung keadaan keselamatan negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata mereka sebaliknya perlu merujuk kepada pihak berwajib dan media rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat mengenai insiden pencerobohan di Sabah baru-baru ini.

Katanya, ketika ini destinasi pelancongan di Sabah menunjukkan kemerosotan pengunjung.

"Di Semporna, ekonomi pelancongan menurun 50 peratus dan di sini saya hendak tekankan bahawa kestabilan sangat mustahak jadi kita tidak boleh dengar dan percaya persepsi negatif atau khabar angin seperti yang tersebar di media sosial," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Burung Melaka di Taman Botanikal Ayer Keroh di sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam perkembangan lain, kementerian itu yakin sasaran kedatangan pelancong seramai 28.8 juta ke negara ini pada Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dapat dicapai berdasarkan beberapa faktor.

Ng berkata faktor utama tarikan pelancong ialah kestabilan dan keamanan yang dinikmati pelbagai masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

"Keistimewaan pelbagai budaya diri setiap bangsa di negara ini juga menjadi tarikan istimewa...selain faktor cuaca, nilai wang (value for money), alam semula jadi dan sejarah," katanya.

Pelancongan beli-belah turut menjadi tarikan utama, kata beliau. Katanya pendapatan pelancongan daripada sektor itu turut meningkat dari 20 peratus dalam beberapa tahun sebelum ini kepada 30 peratus pada tahun lepas.

Ng berkata pelancong yang disasar berkunjung ke negara ini bagi TMM 2014 terdiri daripada negara China, Rusia, India, Asia Timur Tengah dan Australia.

Beliau berkata bagi tahun ini seramai 26 juta pelancong disasarkan berbanding 25 juta pada 2012.

Sementara itu, taman burung bernilai RM30 juta yang menempatkan kira-kira 400 spesies burung di atas tapak seluas 1.8 hektar itu merupakan terbesar di Asia, mengatasi Jurong Bird Park di Singapura.

Antara spesies di taman tersebut ialah bangau kendi, enggang badak, burung unta, burung upeh, bangau serta tiga burung kakak tua masing-masing bernilai RM20,000 yang diimport dari Brazil.

Destinasi pelancongan itu yang akan beroperasi sepenuhnya bermula pada 1 April depan mengenakan bayaran masuk RM10 bagi kanak-kanak dan RM15 bagi dewasa.

Ia dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan