BN Disebut-Sebut Menang Pilihan Raya

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembubaran Parlimen yang masih belum dilakukan telah melucutkan peluang pembangkang untuk menangguhkan pilihan raya di empat negeri yang ditadbirnya, menurut 'The Economist'. "Pilihan raya serentak cenderung memihak kepada Barisan Nasional (BN)," menurut 'The Economist' dalam satu penulisan bertajuk "Malaysia' Looming Election".

Ia menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penentu untuk memanggil pilihan raya umum mempunyai kelebihan sebagai penyandang.

'The Economist' meramalkan "kemungkinan masih memihak kepada BN" dalam pilihan raya akan datang dan pengundi di kawasan luar bandar akan membantu kemenangan pakatan. "Saiz kawasan lebih berat kepada pengundi di kawasan desa, yang cenderung lebih konservatif daripada penduduk bandar."

Menurut 'The Economist' kelebihan Najib sebagai penentu untuk memanggil pilihan raya juga memihak kepada BN dan kurang memberi kelebihan kepada pembangkang.

Ia juga menyatakan peristiwa tuduhan salah laku seks terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin telah menghakis kedudukan beliau.

Dakwaan-dakwaan tersebut juga mungkin mencipta ketegangan dalam Pakatan Rakyat, katanya.

"Melanggar peraturan, sesetengah orang Cina masih bimbang dengan Anwar atas sebab-sebab yang berbeza."

Turut ditegaskan Najib masih popular dalam kaji selidik pendapat dengan penarafan kelulusan 61 peratus dalam kaji selidik baru-baru ini.

'The Economist' berkata Najib telah melakukan tindakan yang baik apabila muncul di TV pada 19 Mac untuk bercakap tentang program transformasi kerajaan.

"Beliau mempunyai cerita yang baik untuk diberitahu, pertumbuhan ekonomi yang kukuh sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2012, kemiskinan hampir dihapuskan, ketidaksamaan dikurangkan dan 400 kes undang-undang terhadap rasuah dimulakan.

"Dan dia mampu mengumumkan satu skim pemberian wang tunai kepada isi rumah miskin akan menjadi acara tahunan," kata The Economist.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan