Balu ASP Zulkifli Terima Sumbangan Kerajaan Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Nor Aziah Noor, balu ASP Zulkifli Mamat, pegawai polis komando VAT 69 yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, 1 Mac lalu, hari ini menerima sumbangan berjumlah RM100,000 daripada kerajaan negeri Sabah.

Cek sumbangan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman kepada Nor Aziah ketika mengunjungi kediaman keluarga balu berusia 29 tahun itu di Taman Seri Sena dekat sini.

Sumbangan terbabit merupakan penghargaan kerajaan negeri Sabah atas jasa dan pengorbanan perwira negara itu dalam mempertahankan kedaulatan negeri Sabah.

Turut mengiringi Sukarti pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni.

Pada Isnin lalu, Md Isa menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Nor Aziah iaitu RM10,000 daripada kerajaan negeri dan RM10,000 lagi sumbangan Baitulmal Perlis manakala polis Perlis pula menyampaikan sumbangan RM1,000.

Rabu lepas, anak sulung Allahyarham, Noor Aqmar Amiruddin, 5, menerima biasiswa daripada Smart Reader Worldwide Sdn Bhd untuk pendidikan prasekolahnya.

Sumbangan bernilai RM8,190 itu disalurkan melalui Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) yang diterajui Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail untuk pembiayaan selama dua tahun sehingga tahun depan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan