Anwar Ibrahim Tidak Layak Tadbir Negara - Taib Mahmud

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seringkali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam perjalanan politik negara jelas membuktikan beliau tidak layak mentadbir negara, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata apa yang dilakukan ketua pembangkang itu sudah melampau dan tidak menggambarkan ciri sebenar rakyat Malaysia yang cintakan negara.

"Rakyat dahulu berjuang untuk capai kemerdekaan kerana kita tidak mahu orang luar campur tangan dalam politik kita, tetapi malangnya ada pula pemimpin yang kononnya 'champion' di peringkat antarabangsa seolah mahu sejarah penjajahan berulang semula. Dia bawa orang luar dan pengaruhi mereka, kemudian mereka 'condemn' Malaysia bukan negara yang baik. "Dia tidak layak tadbir negara (Malaysia), tindakan dia yang dilihat terlalu bergantung kepada nasihat orang luar, pentingkan penyokong-penyokong di luar negara, membawa NGO luar untuk campur tangan dalam politik negara, jelas tindakannya itu tidak baik untuk Malaysia dan Sarawak amnya," katanya ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta dekat sini, Sabtu.

Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu.

"Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala 'Arab Spring', itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan," katanya.

Taib berkata politik diamalkan pembangkang dengan terus-menerus membawa orang luar, nyata berbeza daripada politik yang diamalkan Barisan Nasional (BN).

"Ini bukti perbezaan politik BN berbanding pembangkang, kita (BN) tidak burukkan negara sendiri, atau timbulkan isu seperti hutan di Sarawak sudah gondol sedangkan fakta tersebut tidak betul. "Jika dibandingkan ketua pembangkang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula, saya lebih percaya Perdana Menteri akan bawa kemajuan kepada Malaysia kerana beliau telah mendapat didikan terbaik dalam soal membawa pembangunan kepada negara ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan