Agenda Transformasi Beri Manfaat Besar Kepada Orang Muda - PM

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agenda transformasi negara sebenarnya bakal memberi manfaat besar kepada golongan muda, dan mereka perlu menyokong agenda itu demi masa depan yang lebih gemilang.

Beliau berkata golongan muda adalah aset penting negara bagi memacu kemakmuran dan kesejahteraan di masa depan.

"Orang muda harus menyokong agenda transformasi negara kerana agenda ini akan membuahkan hasil jangka pendek dan jangka panjang.

"Apabila (Malaysia) menjadi negara maju, orang yang mendapat faedah adalah orang muda hari ni, sebenarnya kita tak perlu tunggu tahun 2020 untuk (agenda transformasi ini) beri manfaat kepada golongan muda, " katanya ketika berucap merasmikan Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN) IM4U Fair 2013, di Dataran Pekan di sini, Sabtu.

Turut serta pada majlis yang dihadiri hampir 5,000 orang muda, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Najib berkata apa yang penting kini ialah orang muda perlu diberi bimbingan sebaiknya agar mereka memahami usaha transformasi yang dilakukan kerajaan.

"Kalau orang muda hari ni boleh dilentur dan diolah, dipupuk, mereka (kelak) boleh beri sumbangan kepada masa depan yang lebih gemilang," katanya.

Najib berkata kerajaan berpandangan bahawa orang muda adalah aset kepada negara, maka sebab itu kerajaan perlu menggubal dasar dan melaksanakan program yang diiktiraf dan bernilai kepada mereka dan bagi pembangunan negara.

"Kita akan memahami corak pemikiran orang muda dalam arus perdana, lakukan usaha supaya mereka memahami transformasi yang diperjuangkan kerajaan, agenda transformasi mesti disokong semua pihak," katanya.

Najib berkata pada dasarnya ketika ini, kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan muda melalui penyediaan pelbagai program pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan untuk golongan itu.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata beliau yakin orang muda akan sentiasa menghormati pasukan keselamatan negara yang berkorban nyawa bagi mempertahankan kedaulatan negara.

"Jelajah Patriotik yang dimulakan di Lahad Datu, saya diberi topi ala tentera, isteri saya pakai kasut ala tentera hari ini, semua ini tunjukkan bahawa pasukan keselamatan kita dapat sokongan kuat dalam kalangan orang muda, jelajah itu akan bermula dari Lahad Datu, kemudian ke Sarawak hingga Semenanjung," katanya.

Najib berkata beliau akan menyertai program pada Isnin ini bersama pasukan polis dan akan menerangkan lebih lanjut bersabit isu pencerobohan di Lahad Datu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan