Tidak Perlu Bawa Tuntutan Kedaulatan Sabah Ke ICJ - Pakar

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak perlu membawa isu hak Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana fakta sejarah dan bukan sejarah jelas menunjukkan ia sebuah negeri berdaulat dalam Malaysia, kata sejarawan Prof Emeritus Dr Ranjit Singh dari Universiti Utara Malaysia.

Beliau berhujah selain fakta sejarah, Kesultanan Sulu dan Filipina sebenarnya sudah hilang hak kedaulatan ke atas Sabah kepada Malaysia berdasarkan prinsip keberkesanan.

Walaupun pernah diperintah Kesultanan Sulu, Sabah atau sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara telah diletakkan di bawah pentadbiran British North Borneo Company pada 1878 dan kemudiannya Empayar British, sebelum diberikan kemerdekaan dan membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama Sarawak dan Tanah Melayu.

"Jika anda tidak berbuat apa-apa terhadapnya, tidak mentadbirnya, tidak meluluskan sebarang undang-undang (di kawasan itu), anda hilang hak itu," katanya dalam wacana bertajuk "The Lahad Datu Imbroglio: The Sabah Claim and Beyond" di Universiti Malaya di sini, Jumaat.

Memberikan contoh kes Pulau Batu Puteh, katanya Malaysia hilang hak ke atas pulau itu kepada Singapura kerana walaupun merupakan pemegang hak, ia (Malaysia) tidak pernah mentadbir atau hadir secara fizikal di atas pulau itu.

Dilaporkan akhbar Filipina "Philippine Star" beberapa hari lepas melaporkan kerajaan Filipina tidak pernah melepaskan Sabah dan telah melantik sepasukan peguam untuk mengkaji tuntutannya ke atas Sabah.

Isu kedaulatan Sabah timbul kembali selepas pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu yang kini sudah tiada, di Lahad Datu dan Semporna, yang telah membawa kepada pertempuran berdarah antara pasukan keselamatan Malaysia dan anggota militan berkenaan.

Ranjit Singh, yang pakar dalam sejarah Sabah dan Sarawak, juga berkata isu itu tidak boleh dirundingi kerana kehendak penduduk Sabah perlu dihormati yang menerusi Suruhanjaya Cobbold pada 1962 telah memilih untuk membentuk Malaysia bersama-sama Sarawak dan Tanah Melayu.

Ranjit Singh turut menggesa Malaysia menghentikan bayaran penyerahan tahunan kepada waris kesultanan itu di masa depan dan menutup kes itu dengan mengadakan dasar tegas untuk melindungi kedaulatan Sabah. "Sebaik sahaja kita berunding, kita akan sekali lagi berkompromi mengenai kedaulatan kita," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan