Tentera Jaga Sempadan Diminta Tidak Leka - Berita Semasa | mStar

Tentera Jaga Sempadan Diminta Tidak Leka

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN HULU: Anggota tentera yang bertugas di kawasan sempadan Malaysia-Thailand diingatkan agar sentiasa waspada dengan sebarang kemungkinan sekalipun keadaan di situ aman.

Panglima Dua Divisyen Mej Jen Datuk Azizan Md Delin turut meminta anggota pasukan keselamatan di sempadan itu mengambil iktibar kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Dalam menjaga keselamatan negara ini tidak boleh leka kerana pasti ada pihak yang berniat jahat mahu menyelinap masuk ke negara ini sama ada untuk melakukan jenayah mahupun menggugat kedaulatan negara, katanya pada Jumaat.

Beliau berucap pada majlis pemakaian pangkat koperal dan lans koperal kepada 760 anggota Briged Rejimen Sempadan dari Perak, Kelantan dan Kedah di Kem Pengkalan Hulu di sini. Hadir sama Panglima Briged Sempadan Brig Jen Datuk Mohd Ramli Jaafar.

Selain itu Azizan turut meminta anggota tentera yang menerima kenaikan pangkat agar bersyukur kerana pengorbanan mereka terus dihargai kerajaan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan