PM Bakal Lancar PR1MA Kuantan Esok - Berita Semasa | mStar

PM Bakal Lancar PR1MA Kuantan Esok

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Kuantan pada Sabtu dalam usaha menyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, projek tersebut merupakan sebuah pembangunan bersepadu bagi menampung keperluan perumahan rakyat merentasi tiga kawasan utama di Kuantan iaitu Bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

"Permintaan untuk rumah mampu milik di kalangan golongan berpendapatan sederhana di Kuantan adalah antara lima kawasan terkemuka selain Kuching dan Kota Kinabalu," katanya.

Beliau berkata, permintaan di negeri itu menunjukkan perningkatan seiring dengan perkembangan industri petrokimia di Gebeng, industri automatif di Pekan dan bandar Kuantan yang semakin membangun.

PR1MA Kuantan merangkumi perumahan teres dua tingkat dan pangsapuri.

Butiran lanjut mengenai perkara itu termasuk bilangan rumah akan diumumkan pada Sabtu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan