Pengangkutan Awam Darat Diwajib Laksana iCOP SHE Mulai April - SPAD

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Hamid (kiri) bersalaman dengan Dr Wong pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara SPAD dan Miros di di Kuala Lumpur, Jumaat. Foto ART CHEN / THE STAR
Syed Hamid (kiri) bersalaman dengan Dr Wong pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara SPAD dan Miros di di Kuala Lumpur, Jumaat. Foto ART CHEN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Semua pengangkutan awam darat di negara ini akan diwajibkan untuk memiliki lesen dengan pelaksanaan Kod Amalan, Keselamatan dan Kesihatan (iCOP SHE) mulai April ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, dengan kod berkenaan, pengendali pengangkutan perlu mematuhi undang-undang bagi memastikan keselamatan jalan raya melibatkan pengangkutan awam.

“Ini adalah soal keselamatan. Kita akan mengenakan syarat-syarat ini bermula April depan.

“Jika mereka melanggar undang-undang, ia akan memudahkan kita (SPAD) untuk mengenakan tindakan lebih pantas. Kita boleh gantung dan batalkan lesen dia (pengendali) tetapi prosedurnya masih mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPAD dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) di sini, Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pengarah Miros, Prof Dr. Wong Shaw Voon.

Syed Hamid berkata, lesen itu akan dikeluarkan selepas mereka menjalani latihan berkaitan dengan keselamatan jalan raya.

“Kita sudah memberi latihan kepada bas, selepas ini akan diikuti oleh lori dan teksi. Ianya akan berterusan bagi memastikan amalan ini dilaksanakan oleh semua pengendali pengangkutan awam darat.

"Kita juga akan mengeluarkan buku panduan keselamatan untuk mereka,” katanya.

Pelaksanaan iCOP SHE itu terdiri daripada lima komponen berteraskan keselamatan termasuk pengurusan SHE (Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran), pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan risiko perjalanan dan pengurusan rekod secara teratur.

Mengenai MoU antara SPAD dan Miros, Syed Hamid berkata, ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan pengangkutan awam ke tahap lebih baik.

“Ia selari dengan hasrat untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai mod utama pilihan rakyat,” katanya.

Beliau menambah, antara lain kerjasama ini adalah perkongsian data dan hasil kajian dalam merancang pengangkutan awam darat di negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan