Kerakusan Kerajaan Selangor Luluskan Projek Pembangunan Rumah Mewah Perlekeh Hak Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BAHARU: Kerakusan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meluluskan pembangunan perumahan mewah di kawasan rekreasi golf di Serendah di sini merupakan tindakan memperlekehkan hak rakyat, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Batang Kali Datuk Mohd Isa Abu Kasim.

Beliau berkata tindakan berlandaskan keuntungan itu menafikan hak rakyat untuk kawasan rekreasi dan menidakkan hak penduduk setempat mendapatkan kediaman sendiri yang lebih selesa di kawasan itu. "Kawasan itu mempunyai kira-kira 2,000 premis dan tindakan kerajaan Selangor meluluskan pembangunan rumah mewah yang saya percaya lebih RM300,000 sebuah di kawasan rekreasi golf itu mencabul hak penduduk yang mana kawasan rekreasi itu merupakan sebahagian daripada fasiliti perumahan yang dibeli mereka.

"Paling menyedihkan penduduk langsung tidak diberitahu kawasan rekreasi mereka bakal dibangunkan, mereka dapat tahu apabila mereka tiba-tiba dihalang daripada pergi berekreasi di kawasan itu. Tiada perbincangan, hak mereka diambil tiba-tiba," katanya pada sidang media di Batang Kali dekat sini, Jumaat.

Bantahan penduduk terhadap pembangunan perumahan mewah di kawasan itu telah lama dilakukan malah dalam laporan sebuah akhbar Mei tahun lepas, permintaan pemaju untuk membina perumahan itu pernah ditolak Majlis Daerah Hulu Selangor atas sebab kawasan itu diwartakan sebagai kawasan 'rekreasi dan ruang terbuka'.

Mohd Isa berkata sekiranya perkara itu terus terjadi pada kawasan lain di Dewan Undangan Negeri itu, komuniti setempat khususnya yang tinggal di kampung tradisional seperti Kampung Tok Pinang dan Kampung Sri Serendah akan terjejas.

"Perumahan mewah seperti ini pula tentunya tidak mampu dibeli penduduk setempat yang majoritinya orang Melayu dan bila ini berlaku ia menghakis peluang penduduk mendapatkan rumah yang lebih baik. Ini bukan kali pertama berlaku, Kelab Golf Perangsang Templer juga terima nasib sama," katanya.

Beliau berkata pihaknya yang menerima banyak aduan daripada penduduk akan berusaha sedaya upaya membantu penduduk yang terjejas. "Mereka (kerajaan Selangor) orang putar belit...seperti isu tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, perbincangan dilakukan dengan Khalid (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), masa perbincangan semua ok, luar perbincangan habis dia nak rampas semuanya.

"Tidak guna satu sen pun kita nak berbincang dengan orang semacam ini, lebih baik dan lebih mudah bagi kita tawan kembali Selangor dan kita sendiri (BN) yang bela nasib rakyat di negeri ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan