KDS1M Akan Diperluas Kepada Pelajar Luar Negara

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperluaskan pemberian Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) kepada pelajar di luar negara bagi membolehkan mereka membeli barangan dengan potongan harga ketika berada di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat dan akan berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi, kedutaan dan badan kebajikan pelajar di luar negara sebelum kad tersebut diberikan.

"Rundingan ini perlu bagi mengetahui bilangan sebenar pelajar di luar negara yang memerlukan kad diskaun itu untuk digunakan semasa mereka pulang nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Maktab Koperasi Malaysia bersama masyarakat di Kampung Guai di sini, Jumaat.

Beliau berkata dalam fasa pertama kad itu dilancarkan tahun lepas, sebanyak 1.2 juta KDS1M diberikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara.

Kad tersebut katanya boleh digunakan di lebih 2,000 rangkaian kedai termasuk kedai buku, kedai serbaneka dan kedai makanan segera selagi pemegang kad masih belajar di pusat pengajian tinggi.

Menurut Ismail Sabr selain KDS1M, kerajaan turut memperkenalkan kad diskaun lain bagi meringankan beban rakyat termasuk Kad Skuad Pengguna; 1Malaysia Privilege Card; Kad Bekas Tentera; Kad Orang Kelainan Upaya dan Kad Pesara Kerajaan Malaysia.

Beliau berkata tiga juta pemegang kad pintar itu menikmati potongan harga bagi barangan dan perkhidmatan antara lima dan 50 peratus di 2,170 premis perniagaan di seluruh negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan