Janji Majukan Marang Jika BN Menang PRU-13

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Daerah Marang akan dimajukan jika Barisan Nasional (BN) berjaya menebus kembali kawasan itu daripada PAS, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad berkata sudah sampai masanya daerah Marang membangun dan maju seperti daerah-daerah lain di negeri itu selepas sekian lama tanpa sebarang kemajuan dan pembangunan diwujudkan di kawasan itu.

"Jika BN memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang, kerajaan akan membina 334 unit rumah mampu milik untuk rakyat di kawasan itu. Manakala jika BN berjaya menakluk semua empat DUN dan satu kerusi Parlimen Marang, maka kita akan bina 1,000 unit rumah di Parlimen itu dan 500 unit lagi rumah mampu milik di DUN Bukit Payong.

"Kita bukan sahaja membina rumah, malah kita akan dirikan sebuah Sekolah Imtiaz yang menjadikan sekolah Imtiaz ke enam di negeri ini dan kita juga akan membina sebuah Kolej Matrikulasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Mara Datuk Seri Idris Jusoh.

"Untuk memajukan kawasan itu, tidak ada pilihan lain kecuali dengan menyokong kerajaan pimpinan BN, ini kerana sejak PAS memenangi Parlimen Marang dan DUN Bukit Payong, tidak ada pembangunan yang dibuatnya kecuali pembangunan yang dibuat oleh BN.

"Sehubungan itu saya mengingatkan rakyat di daerah Marang supaya berubah untuk masa depan dan kemajuan daerah Marang dengan memilih BN pada PRU-13 yang akan diadakan tidak lama lagi," katanya.

Parlimen Marang serta DUN Rhu Rendang kedua-duanya disandang Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala DUN Bukit Payong turut disandang Pas iaitu Mohd Nor Hamzah. Bagaimanapun dua DUN iaitu Pengkalan Berangan dan Alor Limbat dikuasai B Npada PRU-12.

Ahmad bertekad untuk merampas Parlimen Marang dan dua DUN yang dimenangi PAS di samping mempertahankan DUN Pengkalan Berangan dan Alor Limbat pada PRU-13.

"Kita yakin kita boleh menguasai Parlimen dan empat DUN di Marang berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat di kawasan berkenaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan