Ismail Yakin Strategi Jangka Pendek & Panjang Jamin Keselamatan Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengukuhan kehadiran anggota keselamatan secara berterusan di kawasan yang terlibat dengan aktiviti pengganas dan penubuhan kawasan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah, akan dapat mengekalkan keselamatan di Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kedua-dua strategi jangka pendek dan jangka panjang itu dapat menyekat kemasukan pengganas yang cuba menggugat ketenteraman dan keselamatan Sabah pada masa-masa akan datang.

"Kita percaya musuh sekarang tertekan kerana ramai rakan mereka telah ditahan dan ada yang kini didakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis Negeri/Komander dan Komandan di Maktab PDRM Cheras, di sini, Jumaat.

Isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ialah antara isu yang dibincangkan pada persidangan itu selain mengenai persiapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ismail berkata anggota keselamatan telah menambah baik persiapan awal PRU13 dan kini bersedia untuk mengawal keselamatan sepanjang PRU.

"Orang ramai mempunyai peranan yang sangat penting, jadi mereka diminta bersikap rasional dan jangan bertindak seperti negara kita tiada undang-undang," katanya.

Terdahulu beliau menerima sumbangan berjumlah RM354,782 daripada 10 penyumbang meliputi badan bukan kerajaan dan sektor korporat antaranya Bank Islam, Adabi Consumer Industries serta Persatuan Polis Agama Buddha.

Sumbangan itu akan diagihkan kepada lima penerima iaitu Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau, Balai Polis Lahad Datu, Balai Polis Tungku Lahad Datu, Balai Polis Cenderawasih dan Komtek Felda Sahabat 16 Lahad Datu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan