Ismail Ahmad Dilantik KP JPJ Yang Baru

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad dilantik Ketua Pengarah JPJ yang baru mulai 25 Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Solah Mat Hassan yang tamat tempoh secara kontrak pada 24 Mac.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki Ismail akan membolehkan beliau menerajui dan meneruskan kecemerlangan JPJ melalui penguatkuasaan dan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berteknologi tinggi ke arah mencapai pengurusan penguatkuasaan pengangkutan jalan bertaraf dunia pada tahun 2020," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata kerajaan merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Solah atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang empat tahun lima bulan menyandang jawatan Ketua Pengarah JPJ.

Ismail, 56, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom, menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989.

Beliau juga berpengalaman dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan pentadbiran menerusi kerjaya perkhidmatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah JPJ; Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Kewangan, Kementerian Kewangan dan Penolong Pendaftar Insititut Tadbiran Awam Negara (Intan). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan