Guru Hina Pasukan Keselamatan Kes Terpencil - Awang Adek

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Tindakan seorang guru di negeri ini yang menghina anggota keselamatan dalam Operasi Daulat di Sabah merupakan kes terpencil dan tidak menggambarkan pendirian lebih 30,000 guru di Kelantan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, sebahagian besar guru di Kelantan menyokong penuh tindakan kerajaan memburu pengganas di Lahad Datu, Sabah.

"Mereka berdiri teguh di belakang kerajaan dalam usaha mendaulatkan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok di sini, Jumaat.

Guru lelaki berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali itu dikatakan menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya. Dia dibebaskan sementara dengan jaminan polis pada Khamis.

Dia ditahan di sebuah rumah dekat Gong Serapat, Pasir Puteh pada 14 Mac lalu.

Ketika berucap pada majlis itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata jika Barisan Nasional kembali memerintah Kelantan, banyak lagi projek besar akan dibina di Bachok.

Ini termasuk hospital daerah dengan peruntukan RM100 juta di Bakong dan Universiti Teknologi Mara di Sungai Dua atau Kampung Kemayan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan