Empat Pesanan Kepada Pemimpin & Penyokong BN Sebelum PRu-13 - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) mengandar cenderamata yang disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Yahaya Khatib Mohamad (kiri) selepas melancarkan Gelombang Biru peringkat negeri Terengganu di padang bola Rhu Rendang di Marang pada Jumaat. - fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) mengandar cenderamata yang disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Yahaya Khatib Mohamad (kiri) selepas melancarkan Gelombang Biru peringkat negeri Terengganu di padang bola Rhu Rendang di Marang pada Jumaat. - fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi empat pesanan penting kepada pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) demi untuk meneruskan prinsip perjuangan parti selepas 56 tahun memerintah.

Pesanan itu ialah setiap anggota BN perlu memberi penekanan kepada soal perpaduan dalam parti, tidak menimbulkan sebarang masalah kepada parti, menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan dan berjumpa pengundi yang menjadi penentu kepada nasib BN untuk lima tahun lagi.

"Jangan timbulkan perpecahan dan keretakan sesama kita, setakat hari ini saya tak dengar lagi, saya harap tidak ada cerita soal perbalahan. Sampai masanya untuk kita ketepikan permasalahan kerana ia akan memberi kesan kepada kita untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru di Rhu Rendang, Marang di sini, Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat pasti akan menolak mana-mana parti atau calon yang bermasalah kerana mereka perlukan parti dan pemimpin yang kuat untuk membela nasib mereka.

"Kalau rakyat tahu parti ada masalah, mereka akan kata "kamu sendiri tidak dapat selesaikan isu sesama kamu bagaimana kamu (nak) menolong kami".

Muhyiddin juga berkata calon yang dipilih pucuk pimpinan parti dari peringkat bahagian, negeri dan pusat seharusnya diberikan sokongan penuh daripada seluruh anggota BN di kawasan tersebut. "Soalnya pihak pimpinan telah membuat penilaian (calon) dan penilaian ini mengambil masa yang panjang," katanya.

Muhyiddin menjelaskan rundingan antara parti komponen BN bagi pemilihan calon dibuat secara terbuka dan telus di peringkat bahagian, negeri dan pusat untuk menentukan calon bukan setakat boleh menang, tetapi menang dengan cemerlang.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua anggota BN juga diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang masalah disaat-saat penting dalam menghadapi PRU-13 kali ini. "Jangan buat masalah, jangan buat masalah baharu di ambang pilihan raya tidak lama lagi...isu kena diketepikan dan tunjukkan perpaduan kita," katanya.

Muhyiddin berkata semua anggota BN tidak kira pemimpin ataupun anggota biasa seharusnya turun padang untuk berjumpa rakyat dan pengundi kerana pengundi adalah 'raja' ketika musim pilihan raya.

"Bagi saya pengundi adalah 'raja', bila jumpa pengundi kita bagi salam, tanya khabar dan dengar cerita (masalah) mereka sebaiknya supaya mereka berasa kita memberi perhatian kepada mereka," katanya.

Mengulas tentang program Gelombang Biru yang dihadiri lebih 10,000 penduduk sekitar Marang, Muhyiddin berkata beliau dapat merasakan sokongan rakyat kepada BN khasnya di Terengganu semakin kuat.

Katanya segolongan orang Melayu, Cina dan India yang sebelum ini menyokong pembangkang kini sudah kembali menyokong BN begitu juga rakyat di Sabah dan Sarawak.

"Apa yang berlaku hari ini adalah satu manifestasi baharu kesedaran rakyat termasuk di beberapa negeri yang dikuasai pembangkang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan