Bantuan BP1M Di Laman Sosial Palsu - KPT

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menegaskan bahawa skim Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M) seperti yang disiarkan di laman web biasiswa1msia.blogspot.com dan www.step2rich.net/iklan2u tidak pernah wujud.

KPT dalam kenyataan di sini, Jumaat menyifatkan ia satu penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, kementerian menasihatkan pelajar dan ibu bapa untuk tidak terpengaruh dengan skim tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my mengenai biasiswa yang ditawarkan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan